Turunkan Saka Digital Hang.
Autonomi Tanpa Henti.
Bekas perkakasan (vessel) KVM berdedikasi khusus untuk menghidupkan Hermes AI Agent, Saka Bot, dan autonimi kod tanpa henti. Tidak pernah lelah, tidak perlu tidur—disertakan nadi percuma inferens.my Pro bernilai RM25/bulan.
Satu Spesifikasi. Kuasa Mutlak.
Tiada tier pening kepala. Kami sediakan satu-satunya konfigurasi rasmi yang dibina khusus untuk menampung beban kerja agentic Hermes tanpa kekangan CPU kongsi.
SAKA KVM PRO-1
Vessel pelayan untuk Hermes Agent, Saka daemon & Autonomous Workflows.
- ✓ KVM Virtualization — Pengasingan penuh terjamin, tiada noisy-neighbors.
- ✓ 1 Gbps Network Port — Shared host uplink dengan NAT egress pantas.
- ✓ Akses Root SSH Penuh — Kuasa mutlak ke atas server tanpa sekatan.
- ★ Percuma Pakej Pro inferens.my (Bernilai RM25/sebulan disertakan).
Bayaran bulanan melalui FPX ToyyibPay. Tiada kontrak terikat, batalkan bila-bila masa.
Percuma Pakej Pro inferens.my Setiap Bulan.
Sebuah badan (vessel) tanpa roh hanyalah besi mati. Untuk memastikan Saka Bot anda boleh berfikir, menaakul, dan menjalankan tugas autonomi tanpa batasan, kami sertakan terus langganan rasmi inferens.my Pro (Bernilai RM25/bulan) secara percuma.
Akses Pantas ke Gateway LLM Terkini
Sambungkan Hermes Agent terus ke endpoint inferens.my untuk inference pantas, kos efektif dan latency rendah.
Pre-Configured Kunci Rahsia
Token inferens.my dihantar bersama kredensial server anda—terus sedia untuk `export INFERENS_API_KEY`.
Mengapa Saka Bot?
Orang lama mewariskan Saka untuk menjaga kebun dan rumah. Kita di era moden mewariskan Saka Digital untuk menjaga operasi kod, server dan kecerdasan 24 jam sehari.
Tidak Pernah Tidur
Laptop hang boleh tutup, tapi Saka Bot terus berjalan di server. Cronjob, background autonomous agents, dan automated PR review bergerak tanpa cuti.
Terpencil & Selamat (KVM)
Virtualisasi KVM perkakasan penuh. Tiada kebocoran memori atau gangguan proses dari penyewa lain. Bekas ini milik anda seorang dengan akses root.
Xeon Dedicated Power
1 Dedicated Core @ 3.40 GHz daripada Intel Xeon E-2236. Tiada CPU steal, tiada throttle semasa agent sedang melakukan kompilasi kod tebal.
Meterai Perjanjian Saka
Lengkapkan butiran bekas pelayan anda. Pembayaran diuruskan secara selamat melalui ToyyibPay FPX.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Saka Bot VPS sebenarnya? ▼
Ia adalah pelayan maya KVM berasaskan Ubuntu 24.04 yang dioptimumkan khas untuk menjalankan AI Agent seperti Hermes Agent, OpenDevin, Saka Bot daemon, atau mana-mana autonomous background script secara 24/7 tanpa perlu membiarkan komputer riba anda sentiasa terbuka.
Bagaimanakah akses SSH berfungsi dengan NAT Egress? ▼
Setiap VPS diberikan satu port SSH khusus pada IP pelayan (contohnya: `ssh [email protected] -p 2201`). Anda mempunyai capaian root penuh untuk memasang sebarang pakej, Docker, persekitaran Python, mahupun memulakan systemd service.
Bagaimanakah saya menuntut pakej Pro inferens.my? ▼
Sebaik sahaja bayaran anda berjaya, sistem auto-provisioning akan menjana token akaun Pro inferens.my dan menyertakannya di dalam emel pengaktifan pelayan anda bersama-sama maklumat log masuk SSH.
Adakah saya terikat dengan sebarang kontrak? ▼
Tiada kontrak jangka panjang. Langganan dibayar secara bulanan (RM100/bulan). Anda bebas untuk memperbaharui atau membatalkan perkhidmatan pada bila-bila masa.